Nuffnang

Thursday, October 27, 2016

Cuti-Cuti Hong Kong 2016 (Day 1) - Chungkin Mansion & Ladies Market


Assalamualaikum,

Kali ini nak share citer kami pergi Hong Kong pula. Lama dah pergi bulan April lepas. Kena habiskan satu-satu cerita dulu...skrg baru ada mood nak update lepas cerita Kuching,Sarawak dulu.


Luggage malam-lama lagi dh siap menunggu tepi pintu..siapkan awal2 nanti nak bertolak tak ada yang tertinggal barang...

 Berkira-kira nak bawa budak ni..sbb dia UPSR thn ni..tp kalau tak bawa kecian pula..so ponteng  je la..tiket dh ada..


Kami bertolak dari KLIA2 flight pukul 7.20 pagi pada 21/4/2016...jenuh la juga kena keluar awal dari rumah kalau flight awal pagi ni..sekarang ni kalau beli tiket flight seboleh-bolehnya nak elak awal pagi..stresss...

So sampai Hong Kong dalam pukul 11.05 pagi..masih awal so tak ada la rushing sgt..tp dari trn flight 

nak ambil luggage jauh sgt...jalan la slow-slow ye..tp ada tren disedia..


Kali ni pergi ramai kanak-kanak, so tak boleh nak kelam kabut sgt...


Bila sampai tmpt ambil luggage sekali tgk bag aku lak tercabut roda.

Kena buat report dulu sbb nanti nak claim insurance...slmt masa ni tergerak hati nak ambil insurance dgn AA, sbb masa g Kuching pun luggage aku rosak..so kena berhati2 ye..skrg banyak kes mcm ni...

Lepas ambil lugggage semua urusan report selesai terus keluar...keluar je pintu tu terus mata melilau mencari kedai utk beli simcard & Kios utk beli Octopus Card (mcm touch & go). Semua boleh je cari kt L5 airport tu. Kemudian berbincang nak beli tiket Disneyland dan lain-lain dekat mana...nak cari kat Ding-Ding Travel mcm mls nak mencari..lastnya decide beli je kt Airport, harga tak ada beza sgt....

Settle semua urusan...Terus menghala ke Airport Express tp jgn terus, kena belok kanan nanti nampak banyak bas dekat situ. Cari Bas No A21. Tambang Bas ke Tsim Sha Tsui HKD33.          



 Jakun sekejap naik bus double decker...kat Malaysia mmg nak naik bas jarang sekali la..

Sampai Changkun Mansion terus naik cari hotel kami..dah booking awal2 melalui Booking.com ....ada la isu skikit dgn owner hotel tu..adoii rasa nak menangis..pergi sana jiwa kena kental ye..tambah kalau perempuan semua...diorg mmg cari pasal je nak mengepaw...


Petangnya tak ada plan apa pada asalnya...tapi semua plan yang aku buat kelaut hehehe..sampai sana ubah ikut mana nak pergi dulu...kami jalan-jalan kononnya nak cari ladies market..

Direction dari Tsim Sha Tsui
-Walk to the T.S.T. MTR station (careful not the TST East station) and take the Tuen Wan line in the Tuen Wan direction as far as the Mong Kok station.  Then exits via exit D3 or E2.


Menglilau juga kami cari...akhirnya bila dah surrender jumpa pulak...tp mood dah kelaut sbb penat...jalan sepanjang ladies market tu....dlm keadaan hujan renyai-renyai & kaki sakit..beli apa yang patut terus balik hotel...

Beli makanan utk dinner terus masuk bilik rehat..esoknya nak guna byk lagi tenaga....

Makanan halal dlm Chungkin Mansion tak susah nak cari..sediakan duit yang banyak je..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...