Nuffnang

Friday, September 23, 2016

Kuching Sarawak 2016- Day 1


Assalamualaikum,

Lamanya rasa tak berceloteh dlm blog ni, ada dua citer percutian yang masih pending. So meh la kita habiskan dulu cerita jalan2 Sarawak awal tahun haritu.

Percutian kali ni selama 3 hari 2 malam je..biasanya kami bukan bercuti lama-lama pun..selalunya mmg short vacation je..mana boleh cuti lama-lama nanti bos marah. cuti banyak kali sekejap-sekejap ok lagi... 

Kami bertolak dari KLIA2 pada 29/1/2016..flight kami awal pagi..sekarang ni rasa seksa sgt kalau flight awal pagi..rasa malas nak keluar rumah, disebabkan hari weekday nanti susah pula suami nak hantar anak g sekolah takut rushing, so aku suh htr kt TBS je..kami ramai-ramai naik bas ke KLIA2...tak payah pening kepala pikir. 


 Rombongan kali ni x ramai..4 dewasa, 1 kanak-kanak..muat2 je satu kereta proton FLX..

Sampai saja Airport Kuching terus cari kios kereta..kami mmg awal-awal dah booking.. settle semua baru pukul 10...nak ke Hotel pun masih awal lagi, so kena cari kedai mkn utk breakfast. 

Jenuh gak berpusing-pusing ikut waze...akhirnya singgah restoran o'corner, dengar org ckp best..so meh la kita cuba..


Nasi ayam panggang kot nama menu ni..lapar2 semua makanan nampak sedap..

Lepas kenyang mkn..plan kami nak ke Kampung Budaya Sarawak, tp hujan pula. Sebab dah bersemangat plan kami redah juga la..semua berpandukan waze semata-mata. Kami mana pernah sampai ke sana...dah la semua perempuan. Tp apa ada kisah. Sesat tanya orang...

Harga masuk Dewasa RM60, Kanak-kanak RM30...kami sampai tengahari dalam pukul 12, hujan masih renyai-renyai lagi..redah je la..bila lagi nak sampaikan.

Depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak




Sepanjang masa hujan renyai-renyai..So berpayung la sepanjang masa..

Lepas buat 1 pusingan, tengak rumah-rumah tradisional kat sini, terus balik..sayang tempat kunjungan pelancong tp dijaga dengan elok..nampak usang sikit.

Kami teruskan perjalana balik ke Bandar Kuching...masa tu dah petang  dalam pukul 3..balik tak terasa jauh sgt...terus checkin...dpt bilik boleh la rehatkan bdn..sakit badan aku drive sorang-sorang huhuhu...

Petang tak ada plan kemana-mana, so decide jln-jln dekat riverfront je...sekali nampak bot untuk keseberang..cuba la naik...rupanya seberang tu je tmpt jual kek lapis...so kami servey-servey la dulu..naik bot tu 50sen je seorang...nak beli kek lapis awal-awal pun mcm tak sesuai..so kita pergi lagi sekali last day nanti..


Mira Cake House...sebaris ni mcm-mcm kedai kek lapis ada..kedai kek lapis Dayang Salhah yang femes pun dekat sini juga.




Cantik-cantik corak & kaler kek lapis yang ada..meriah..



Malamnya cuma pergi makan dekat Top Spot je..tak jauh pun dari hotel..jalan kaki 10 minit je...order la mcm2 seafood...murah & sedap....so tiap mlm la kami ke sini hehehe..

 Sambung lagi akan datang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Award Dari Eynda

Award Dari Eynda

Anniversary Giveaway...

Anniversary Giveaway...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...

GA Contest 1st GA Bday Riena & Ibu...